MENJADI isteri kepada pemilik butik pakaian sut terkenal, Lord’s Tailor, Loh Lee Lee tidak sedikit pun terkena tempias kemahiran menjahit suaminya, Robert Loh.
Bersama-sama dengan lelaki itu mengemudi perniagaan tersebut lebih 30 tahun, Lee Lee menyerahkan hal menjahit sepenuhnya kepada Robert kerana menyifatkan dirinya tidak berjiwa seni.
“Saya dengan Robert mempunyai ciri yang saling bertentangan. Kami macam langit dengan bumi. Suami saya sangat berjiwa seni dan artistik. Dia bukan sahaja mahir menjahit bahkan turut pandai melukis. Saya melukis garis lurus pun tak lulus.