';

Oleh Fairuz Zaidan

MENERUSKAN legasi jenama Lord Tailor’s, Kenny Loh mendaki setapak lagi dalam meniti puncak kejayaan dunia fesyen jejaka. Di sebalik segaknya sut jenama ini, XY – Ikon Lelaki menyusur jendela kehidupan jejaka ini…

BUKAN sedikit impak yang diberi anak lelaki pemilik Lord’s Tailor, Robert Loh tatkala meneruskan empayar perniagaan bapa. Sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai Pengarah Urusan Lord’s Tailor, Kenny Loh membawa dimensi baru dalam fesyen tuksedo dan sut yang menjadi trademark jenama hebat ini.

Golongan kerabat, ahli politik, individu ternama hingga artis terkenal – semua memperakui sentuhan magis Lord’s Tailor dalam pembuatan sut jejaka. Pesona dan keperibadian diri terus menyerlah andai disarung persalinan tuksedo dan sut dari gedung ini. Lihat saja impak glamor Lord’s Tailor yang menyerlah setiap kali muncul di segmen karpet merah di majlis berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBBH).
Kesempatan bertemu pewaris perniagaan lebih tiga dekad ini di Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur, baru-baru ini membuka peluang XY – Ikon Lelaki berkongsi perspektif diri selain menyelami wawasan ahli perniagaan muda ini.

  [/post-empayarvc_column_text]
Recommend
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIN
Share
Tagged in