Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara.
Shah Rukh Khan berkata, dia sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara ‘di luar kotak’ dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan.
“Saya mula mengenalinya sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu.
“Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.