11 March 2012
Seperti mana yang Budiey khabarkan di Twitter @budiey, pada hari ini, Budiey ada mengikuti rombongan artis-artis yang menggayakan pakaian tajaan dari pereka terkenal, Lords Tailor di ABPBH2011 pada 8 April ini.
Sempena dengan itu, Lords Tailor telah menerbangkan artis tajaan mereka ke Kuching bersama dengan beberapa orang media pada hari ini untuk sesi bertemu dengan peminat di Pusat Membeli Belah The Hill. Budiey juga selaku fotografer untuk Lords Tailor.