';

AHAD, 12th Julai 2015
Lord’s Tailor lancar kempen #dresslikeaLORD dan laman web baharu

KUALA LUMPUR: Lebih empat dekad mengilhamkan rekaan pakaian serta sut mewah tempatan, Lord’s Tailor terus bertahan di liga tersendiri. Sungguhpun jenama tempatan lain dan mewah antarabangsa hadir memberikan alternatif di pasaran, jenama yang diperkasakan hasil dedikasi dan kerja keras pemiliknya iaitu Robert Loh dan isteri, Lee Lee Loh ini memberikan impak tersendiri. Penerima anugerah Best Brand in Fashion – Premium & Bespoke Suits daripada The Brandlaureate, SME’S Star Brand Awards 2014 ini kali ini hadir dengan kempen terbaharu mereka #dresslikeaLORD. Kempen berkenaan seiring dengan anjakan baharu mereka dengan melancarkan laman sesawang mereka, www.lords.com.my. #dresslikeaLORD memberikan definisi tersendiri kepada jenama terkenal yang memiliki rangkaian pelanggan berpengaruh, antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pereka fesyen, Datuk Jimmy Choo selain sentuhan tangan Loh digayakan oleh legenda sukan tinju, Muhammad Ali dan pelakon, Mel Gibson.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67497

  

Recommend
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIN
Share
Tagged in